top of page

Lencana Sekolah Kekal Lama

  • Writer: Жиммс Лее
    Жиммс Лее
  • Dec 23, 2015
  • 1 min read

Nota Editor: Kaedah ini pasti menjimatkan masa anda dan ia tidak memerlukan kemahiran tinggi untuk menjayakannya. Malah, kaedah ini akan mengimbau kembali zaman kita sekolah sebelum tahun 2000. Tip ini telah dikongsikan olehPuan Akmar Laily Omar di Facebook beliau.

Contoh lencana-lencana sekolah di Kajang, Selangor:

Bahan-bahan:

  • Gam UHU

  • Kain basah saiz kecil (sapu tangan)

  • Kadbod saiz kecil atau kertas tebal

  • Seterika

Langkah-langkah:

1. Letakkan kadbod dalam poket baju untuk elakkan kain bahagian atas poket melekat dengan kain di bawahnya.

2. Atur kedudukan lencana seperti mana yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

3. Apabila sudah puas hati dengan kedudukannya, picit gam UHU dan letakkannya di belakang lencana.

4. Tampal lencana di kedudukan yang telah dianggarkan tadi. Pada saat ini anda masih boleh mengubah kedudukannya.

5. Ambil kain basah saiz kecil dan bentangkan di atas bahagian kawasan lencana.

6. Seterika kain basah tersebut sehingga rata dan meliputi kawasan lencana.

7. Angkat kain basah yang mungkin sudah kurang kelembapannya kerana diseterika.

8. Siap! Lencana sudah cantik ditampal di atas poket baju.

Moga bermanfaat untuk semua.


 
 
 

Comentários


© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page